TIDUNG BULONGAN
ASAL USUL SUKU KAUM TIDUNG
Mengenal asal usul suku kaum Tidung yang tersebar di daerah pantai sungai tidung yang dinamakan sungai sesayap dan sekitarnta Tidung .Tidung berasal atau kata dasar iaitu tideng , tideng berarti gunung , sebutan E berubah menjadi U , karana para pedangang dari luar daerah yang kurang tepat menyebutnya maka kata Tideng brubah mnjadi Tidung jadi tepat nya tidung berarti tanah gunung .
Suku kauam tidung menurut lagenda pada mulanya berasal dari percampuran darah antara suku kaum yang yang berasal dari daerah pergunungan (gunung ) dengan suku kaum yang mrndiami daerah pantai iaitu Pantai Mandul kerajaan tersebut bernama Berayu , sehingga keturunan nya dinamakan suku tidung .
Wilayah tidung pada zaman dahulu kala meliputi sebhagian muara sungai kayan ( bulungan ) samapai sungai berlambangan di daerah sabah malausia timursehinnga tidung trdri darpda beberapa suku kaum seperti
1. Tidung Malinau
2. Tidung Sesayap
3. Tidung Salimbatu
4. Tidung Betayu
5. Tidung Sembakung
6 .Tidung Tarakan
7. Tidung Nunukan
8. Tidung Sebuku
9. Tidung Anggana
10.Tidung Pulau Tidung
11.Tidung Dumpas
12.Tidung Kalabakn
13.Tidung Tawau
14.Tidung Eda an
15.Tidung Apas
Bahasa Tidung[sunting | sunting sumber]
Bahasa Tidung termasuk dalam "Kelompok Bahasa Tidung" salah satu bagian dari Kelompok Bahasa Dayak Murut.
Kelompok Bahasa Tidung terdiri :
- Bahasa Tidung (tid)
- Bahasa Bulungan (blj)
- Bahasa Kalabakan (kve)
- Bahasa Murut Sembakung (sbr)
- Bahasa Murut Serudung (srk)
Persamaan kosakata bahasa Tidung dengan bahasa-bahasa Kalimantan lainnya, misalnya :
- matonandow dalam bahasa Tidung sama dengan matanandau (bahasa Ngaju) artinya matahari.
- bubuan dalam bahasa Tidung sama dengan bubuhan (bahasa Banjar) artinya keluarga, kerabat.
- taka dalam bahasa Tidung sama dengan takam (bahasa Maanyan), ta'am (bahasa Abal), taka (bahasa Pasir) artinya kita.
Melayu | Tidung |
Kepala | Utok |
Rambut | Abuk |
Telinga | Telingo |
Hidung | Adung |
Pipi | Malo |
Mulut | Kabang |
Leher | Liog |
Perut | Tinay |
Tangan | Tendulu |
Kaki | Tanog |
kuku | Sandop |
Paha | Apa |
Lutut | Atud |
Pinggang | Awak |
Dada | Kubab |
Bapak | Yama |
Ibu | Ina |
Nenek | Yadu |
Kakek | Yaki |
Paman | Yujang |
Tante | Keminan |
Adik | Yadi |
Kakak | Yaka |
Keponakan | Yakon |
Cucu | Ingkupu |
Saudara | Pensulod |
Nenek Moyang | Yadu yaki |
Ipar | Yangu |
Menantu | Anak Iwan |
Mertua | Iwan |
Kesultanan Sulu[sunting | sunting sumber]
Dikatakan Sultan Sulu yang bernama Sultan Salahuddin-Karamat atau Pangiran Bakhtiar telah berkahwin dengan seorang gadis Tionghoa yang berasal dari daerah Tirun (Tidung). Dan juga karena ingin mengamankan wilayah North-Borneo (Kini Sabah) selepas mendapat wilayah tersebut dari Sultan Brunei, seorang putera Sultan Salahuddin-Karamat iaitu Sultan Badaruddin-I juga telah memperisterikan seorang Puteri Tirun atau Tidung (isteri kedua) yang merupakan anak kepada pemerintah awal di wilayah Tidung. (Isteri pertama Sultan Badaruddin-I, dikatakan adalah gadis dari Soppeng, Sulawesi Selatan. Maka lahirlah Datu Lagasan yang kemudianya menjadi Sultan Sulu bergelar, Sultan Alimuddin-I ibni Sultan Badaruddin-I). Dari zuriat Sultan Alimuddin-I inilah dikatakan datangnya Keluarga Kiram dan Shakiraullah di Sulu.
Maka dari darah keturunan dari Puteri Tidung ini lah seorang putera bernama Datu Bantilan dan seorang puteri bernama Dayang Meria. Datu Bantilan kemudiannya menaiki takhta Kesultanan Sulu (menggantikan abangnya Sultan Alimuddin-I) pada tahun sekitar 1748, bergelar Sultan Bantilan Muizzuddin. Adindanya Dayang Meria dikatakan berkahwin dengan seorang pedagang Tionghoa, dan kemudiannya melahirkan Datu Teteng atau Datu Tating. Dan dari zuriat Sultan Bantilan Muizzuddin inilah datangnya Keluarga Maharajah Adinda, yang kini merupakan "Pewaris Sebenar" kepada Kesultanan Sulu mengikut Sistem Protokol Kesultanan yang dipanggil "Tartib Sulu".
Dikatakan juga pewaris sebenar itu bergelar, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Aliuddin Haddis Pabila (Wafat pada 30.06.2007 di Kudat, Sabah). Dan juga dinyatakan bahawa 'Putera Mahkota' kesultanan Sulu kini adalah putera bongsu kepada DYMM Sultan Aliuddin yang bernama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Datu Ali Aman atau digelar juga sebagai "Raja Bongsu-II" (*Gelaran ini mungkin mengambil sempena nama moyang mereka yang bernama Raja Bongsu atau Pengiran Shahbandar Maharajalela, yang merupakan putera-bongsu kepada Sultan Muhammad Hassan dari Brunei. Dikatakan Raja Bongsu ini telah dihantar ke Sulu menjadi Sultan Sulu menggantikan pamannya Sultan Batarasah Tengah ibnu Sultan Buddiman Ul-Halim yang tiada putera. Ibu Raja Bongsu ini adalah puteri kepada Sultan Pangiran Buddiman Ul-Halim yang berkahwin dengan Sultan Muhammad Hassan)
Perkhawianan merupakan salah satu kewajipan bagi semua masyarakat kerana perkhwann dapat melahirkan keturunan baru seperti video di bawah salah satu contoh perkhawianan masyarakat tidung .
Perkhawinan masyarakat suku kaum tidung
Adat tradisi mandi bunga
ADAT DAN PANTANG LARANG SUKU KAUAM TIDUNG
Apapun adat resam kaum Tidung banyak bergantung dengan pantang larang sebagai Contoh :-
Gadis dilarang menyanyi di dapur
-Nanti terkahwin dengan orang tua
Gadis dilarang menyanyi di dapur
-Nanti terkahwin dengan orang tua
Kalau ingin berjalan jauh dilarang patah balik
-Nanti mendapat malapetaka
Perlu memberi salam bila datang ketempat baru
-Kalau tidak dikuatiri akan keteguran (di sampuk hantu)
-Nanti mendapat malapetaka
Perlu memberi salam bila datang ketempat baru
-Kalau tidak dikuatiri akan keteguran (di sampuk hantu)
Dilarang berjalan dibawah jemuran (tempat menyidai pakaian)
-Nanti mendapat sakit yang luar biasa
Kanak-Kanak dilarang bermain pada waktu senja
–Nanti keteguran (disampuk barang halus)
-Nanti mendapat sakit yang luar biasa
Kanak-Kanak dilarang bermain pada waktu senja
–Nanti keteguran (disampuk barang halus)
Masyarakat Tidung Tawau[sunting | sunting sumber]
Masyarakat suku kaum Melayu Tidung di Tawau adalah penduduk asal di Tawau. Penempatan asal ialah di kawasan yang kini dikenali sebagai Tawau lama iaitu di sekitar Kuala Sungai Tawau. Nama Tawau sendiri adalah mendapat nama dari bahasa Tidung asli iaitu 'Tawai' yang bermaksud 'mata pancing'. Ini adalah kerana rata-rata penduduk asal tempatan di kawasan yang dikenali Tawau Lama ini adalah golongan nelayan. Ramai di kalangan masyarakat Melayu Tidung memiliki perahu yang dipanggil perahu Kajang. Selain itu, mereka juga mengusaha tanaman padi bukit sebagai sumber makanan harian mereka.
Walaupun masyarakat Melayu Tidung pernah menghuni di kawasan yang dikenali sebagai Tawau Lama ( Old Tawau ) ini namun setelah kawasan ini dimajukan oleh pihak British pada tahun 1896 , kebanyakan mereka telah berhijrah ke kawasan lain seperti di Apas ( di sebelah timur Tawau ) dan Merotai ( di sebelah utara Tawau ). Sehingga kini, mereka masih lagi menjadi penduduk asal dan pemilik tanah di sana. Manakala tidak lama selepas itu, Tawau Lama juga telah ditinggalkan dan Pekan Tawau yang baru telah diwujudkan di sebuah kawasan lain yang dikenali sebagai 'Tanjung'. Lokasi bandar Tawau ini kekal hingga ke hari ini dan kawasan ini juga dikenali sebagai Dewan Undangan Sri Tanjung.
Hari ini, masyarakat Tidung di kawasan sekitar bandar Tawau telah wujud sebagai Masyarakat Melayu kerana berlakunya perkahwinan hampir semua ahli masyarakat ini dengan masyarakat Melayu lain seperti Jawa, Suluk, Banjar, Arab, Iban Muslim dan sebagainya sejak sekian lama. Mereka mengamalkan budaya Melayu dan hanya bertutur dalam bahasa Melayu. Namun sebaliknya di kawasan lain seperti Kalabakan dan Sebatik ( termasuk juga Inderasabah dan Membalua ), masih ramai lagi masyarakat Tidung yang kekal wujud sebagai bangsa Tidung kerana masyarakat di daerah ini agak kurang mengamalkan perkahwinan campur dengan masyarakat lain. Ini berlaku mungkin kerana faktor kedudukannya yang agak terpisah dengan masyarakat Melayu lain. Mereka kekal mengamalkan adat dan budaya Tidung asli hingga ke hari ini.
Penempatan Masyarakat Tidung[sunting | sunting sumber]
Mengikut sejarahnya dahulu, kawasan penempatan Tidung di Tawau adalah di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Sulu. Sebelum itu, telah lama wujud penempatan terawal masyarakat Melayu Tidung di Kalabakan, kampung tertua di Tawau yang terletak di bawah naungan Kesultanan Bolongan-Tarakan. Juga terdapat bukti sejarah kewujudan penempatan Melayu Tidung di Serudong ( berdekatan Kalabakan ) sewaktu ketika dahulu di bawah pimpinan Datu Alun yang pernah menjalinkan hubungan dengan Kesultanan Bolongan. Namun,penempatan itu tinggal sejarah setelah Datu Alun bersama para pengikutnya kembali ke Tanjung Selor, Bolongan kerana telah lanjut usia dan mahu mangkat di sana.
Manakala di kawasan-kawasan lain pula termasuk Tawau , Silam, Lahad Datu dan Sandakan pula adalah yang terletak di bawah naungan pemerintahan kesultanan Melayu Sulu. Dengan adanya pengaruh dan naungan Kesultanan Sulu inilah yang membawa kepada penyebaran agama Islam di kalangan masyarakat Melayu Tidung dimana penyampaian dakwah Islamiah ini disampaikan oleh pendakwah dan ulamak dari negara Arab yang berhijrah ke Kepulauan Sulu. Buktinya kini pengaruh Arab begitu kuat dalam adat resam dan kebudayaan masyarakat Melayu Tidung.
Budaya Masyarakat Melayu Tidung[sunting | sunting sumber]
Dalam budaya masyarakat Melayu Tidung, tarian zapin atau zipin serta alat muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari budaya Arab sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat masyarakat Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan pendakwah Islam terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin dengan masyarakat tempatan.
Dari segi cara hidup dan adat tradisi masyarakat Melayu Tidung di Tawau ialah sama seperti masyarakat Melayu yang lain. Mereka berpakaian baju Melayu atau lebih dikenali 'Baju Selangur' dan wanitanya memakai baju kurung. Mereka juga lebih biasa bertutur dalam bahasa Melayu lebih lebih lagi kerana mereka telah pun berkahwin campur dengan masyarakat suku kaum yang lain seperti Melayu Suluk, Melayu Bolongan, Melayu Banjar dan Melayu Arab. Oleh itu, tidak hairanlah makanan dan pakaian mereka juga adalah makanan dan pakaian orang-orang Melayu.
Kesimpulannya , masyarakat Tidung merupakan masyarakat yang masih mengamalkan budaya dan adat resam nenek moyang contoh dari segi pantang larang , perkhawinan dan sebagainya . Harapan saya masyarakat tidung akan mempunyai generasi yang lebih ramai dan saya masyarakat tidung juga sentisaa mengamalkan sikap nilai - nilai murni dalam diri supaya mendapat keamanan pada masa akan datang .
Comments
Post a Comment